السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terasa dah lama sangat tak menulis , hari ni saya nak kongsi antara juadah yang dapat aku bedal semasa kunjunganku ke Jordan baru2 ni
MAKMURA


 |
Makmura ...macam roti canai tapi dalam dia ada ayam dibakar dalam oven mengikut suhu yang tertentu terima kasih kepada umm Ahmad yang mnyediakan juadah ni
MANSAF
|
 |
Mansaf adalah makanan tradisi Jordan...malah makanan yang paling popular di Jordan, ia dihidangkan bila ada keramaian seperti jamuan pengantin dan jamuan tetamu penting, ia adalah nasi yang letakkan kambing yang direbus dan disiram dengan kuah susu masam atau yourgart ... terimakasih kepada umm majd dan raedah yang telah hidangkan makanan ini kepada saya
DAWALE
Dawale ialah sejenis makanan yang berasaskan daun anggur, daun anggur gulung yang dalamnya ada daging hancur dan nasi dimasak bersama dengan ayam dalam periuk bertekanan tinggi kredit to umm uday yang telah sediakan makanan ni SINIAH BATATA
Kentang, tomato dan lobak merah yang dibakar dalam oven bersama beberapa labu bawang putih kredit untuk Umm UdayMAQLUBA
Maqluba dikenali juga nasi terbalik ini adalah kerana beras basmathi yang dimasak bersama ayam kentang, terung dan bunga kobis yang telah digoreng terlebih dahulu setelah masak ia dterbalikkan kedalam dulang Kredit untuk Umm Ahmad yang telah menyediakan hidangan iniUzi Kambing
Nasi yang dimasak bersama kacang pis bersama kambing yang direbus bersama rempah
bersambung pada episode akan datang
|
No comments:
Post a Comment