Thursday, April 7, 2011

Firaun Tut anak sumbang mahram PDF Cetak E-mail


GAMBAR fail menunjukkan wajah Firaun Tut yang dipamerkan di makamnya di Lembah Raja-Raja dekat Luxor, Mesir.

WASHINGTON - Sekumpulan penyelidik antarabangsa mendapati firaun terkenal, Tutankhamun atau lebih dikenali sebagai Firaun Tut memiliki kaki bengkok sebelah dan berjalan menggunakan tongkat, kata laporan kajian yang disiarkan semalam.

Penyelidik-penyelidik dari Mesir, Itali dan Jerman dalam kajian itu mendedahkan penemuan tersebut menerusi ujian genetik moden dan teknologi komputer bagi mengesan rahsia misteri Tut yang meninggal dunia semasa berusia 19 tahun.

Mereka mendapati Tut yang menduduki takhta selama sembilan tahun iaitu dari 1333 hingga 1324 Sebelum Masihi (SM) mati akibat penyakit malaria dan bukan disebabkan kes kemalangan, keracunan makanan atau sengaja dibunuh.

Hasil maklumat kromosom Y, penyelidik mendapati Akhenaten iaitu firaun kontroversi yang memerintah dari 1351 hingga 1334 Sebelum Masihi ialah bapa Tutankhamun.

Namun, ibu Tut ialah adik Akhenaten.

Ia menunjukkan bahawa Tut anak hasil hubungan sumbang mahram.

Penyelidik mendapati, tiada bukti Tutankhamun dan bapanya memiliki bentuk fizikal seperti wanita seperti gambaran yang terdapat pada kebanyakan artifak berusia 3,000 tahun.-Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
copyright 2010 design by rizalmanjohar.blogspot.com